SPAD dalam satu kenyataan pada Jumaat menasihatkan ibu bapa supaya memilih pengendali bas sekolah yang berdaftar demi keselamatan anak-anak mereka.
Suruhanjaya itu juga meminta pengendali bas sekolah yang masih belum berdaftar supaya mengesahkan perkhidmatan mereka bagi melayakkan mereka mendapat skim insurans itu dan menikmati manfaat lain.
Skim insurans itu memberi perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan perlindungan maksimum RM100,000.
Sejak diperkenalkan pada Januari 2013, sebanyak 10 kes tuntutan skim insurans telah direkodkan membabitkan jumlah RM316,612.10.
Selain itu, SPAD turut memberi bantuan khas kepada pengusaha bas sekolah yang ingin mengggantikan bas sekolah lama kepada yang baharu melalui Skim Penggantian Bas Sekolah.
Skim itu akan berakhir pada 31 Disember dan sehingga kini, 200 pengendali bas telah mendapat bantuan tersebut.