suria

Bekas Adun Tawang Meninggal Dunia

KOTA BARU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, Idris Ahmad, meninggal dunia Jumaat malam di kediamannya akibat komplikasi beberapa penyakit yang dihidapinya.

Allahyarham yang juga bekas Yang Dipertua PAS Bachok menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 malam di rumahnya di Kampung Pak Pura, Beris Kubur Besar, dekat Bachok.

Difahamkan, arwah mempunyai komplikasi jantung, buah pinggang dan kencing manis serta menjalani rawatan rutin di Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pakpura, kira-kira 10 pagi Sabtu.

Idris, 73, menjadi ADUN Tawang selama tiga penggal bermula 1982 hingga 1994 dan turut dilantik menjadi Exco kerajaan negeri sebelum mengambil keputusan bersara pada 1994.






Tawang, Idris Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain