suria

Pengerusi MIC Negeri Perlu Dipilih - Subra

Dr S.Subramaniam.
GEORGE TOWN: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam bersetuju dengan cadangan agar pengerusi MIC di setiap negeri ditentukan menerusi proses pemilihan. 

"Cadangan itu adalah perkara yang bagus untuk parti bagi melihat proses demokrasi yang lebih besar di dalam MIC.

"Buat masa ini, semua cawangan, bahagian dan pemimpin peringkat kebangsaan di dalam MIC adalah mereka yang dipilih.

"Satu-satunya kumpulan yang dilantik adalah pengerusi negeri.

"Kami sedang memikirkan bagaimana untuk menjadikan pengerusi negeri melalui proses pemilihan. Sebuah jawatankuasa sedang berusaha ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat dengan kakitangan Hospital Pulau Pinang pada Isnin.

Dr Subramaniam berkata, hanya proses demokrasi berupaya memberikan mandat yang lebih besar dan memacu MIC menjadi sebuah parti yang kukuh.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan