KUALA LUMPUR: Pengguna Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena perayaan Hari Krismas Khamis ini. Pengarah ANIH Berhad, pemegang konsesi LPT, Nik Fauzi Nik Hussein berkata pemberian diskaun itu akan bermula 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada Khamis ini. "Diskaun tol itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat agar pengguna dapat saling menziarahi orang tersayang dan sahabat handai pada musim perayaan," menurutnya dalam kenyataan di sini, Selasa. Katanya, program itu adalah usaha mempromosi bayaran tol secara elektronik agar pengguna dapat menikamati pemanduan lebih selesa. Nik Fauzi turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman sempena musim cuti sekolah ini. LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Orang ramai boleh mengikuti laporan terkini LPT menerusi akaun Twitter