IPOH: Seekor harimau jantan terlepas daripada kurungannya di Zoo Taiping and Night Safari di Taiping, tengah Khamis. Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata Harimau Malaya itu terlepas dari kurungannya ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baharu. "Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya dibahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba,"katanya ketika dihubungi Bernama. Harimau berkenaan kemudian ditembak ubat pelali namun ia melarikan diri kehutan berhampiran kurungan itu dengan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter,katanya. Dr Lazarus berkata haiwan itu dijumpai di hutan berhampiran dan ia ditembak sekali lagi dengan pelali sebelum dapat ditangkap semula pada pukul 3 petang. Sebanyak 30 orang termasuk kakitangan zoo, anggota Bomba dan polis terlibat dalam usaha mencari harimau yang berusia hampir 16 tahun dengan berat kira-kira 300 kilogram dan dua meter panjang tersebut, katanya.