suria

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Tandas Pusat Beli-Belah

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tandas sebuah pusat beli-belah di Jalan Kepong di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh tukang cuci yang bertugas membersihkan tandas wanita tingkat bawah Kompleks Brem Mall, pukul 3.15 petang Khamis.

"Siasatan awal mendapati mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira 36 jam lepas dan disorokkan dalam sebuah beg kanvas yang ditinggalkan dalam tandas bahagian belakang.

"Ia kemudian dipercayai ditemui pencuci berkenaan setelah mengesan bau yang mencurigakan daripada beg berkenaan dan kemudian menghubungi pengawal keselamatan untuk membukanya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mayat tersebut di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

mayat, bayi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hospital Kuala Krai Bergelap

Artikel Lain