suria

Negeri Pantai Barat Semenanjung Diramal Hanya Alami Banjir Kilat

Permandangan dari udara Bandar Kota Baru yang dipenuhi air akibat limpahan air Sungai Kelantan pada Khamis. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Negeri di pantai barat Semenanjung yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat sahaja ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan. 

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ramalan itu dibuat berdasarkan pergerakan monsun timur laut.

"Bagi negeri di pantai barat (yang belum dilanda banjir) kami jangkakan buat masa ini hanya alami banjir kilat, sebab tempoh hujan tidak lama, sekejap-sekejap," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan episod baharu hujan lebat akan berlaku pada Ahad ini di negeri Pantai Timur.

Hisham turut menasihati mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berpotensi dilanda banjir agar bersiap sedia.

Sebelum ini, Hisham dilaporkan berkata ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari dari November hingga Januari 2015 serta kawasan barat Sarawak dan Sabah dari Januari hingga Mac 2015.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain