suria

Dua Pekerja Petronas Maut, Seorang Cedera Kereta Hilang Kawalan

Anggota Bomba dan Penyelamat dan pasukan paramedik dari Petronas membawa kakitangan Petronas, Nasuki Mohamed yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas di Jalan Santong, Paka pada Jumaat. Foto: BERNAMA

DUNGUN: Dua pekerja Petronas maut selepas pacuan empat roda mereka terbabas di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah berhampiran Kampung Santong pagi Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Nusuki Mohamed, 45, yang maut di tempat kejadian dan Rosli Mahmud, 52, yang meninggal dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Rakan mereka Mat Zian Mat Zin, 48, cedera di kaki dan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas dalam kejadian 9 pagi itu.

Mereka dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di Petronas Gas Santong.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, ASP Elias Abu Bakar mengesahkan kemalangan itu.- BERNAMA

maut kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Lain