Sementara itu AirAsia mendedahkan, penumpang penerbangan QZ8501 terdiri daripada 156 warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing satu dari Malaysia, Perancis serta Singapura.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes menyeru kesemua kakitangan syarikat penerbangan tambang murah berkenaan agar lebih kuat menghadapi dugaan tersebut.
"Kami (AirAsia) akan mengeluarkan kenyataan secepat mungkin, terima kasih terhadap semua doa," katanya