Dalam kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata daripada jumlah itu, kapten berkenaan mencatat 6,100 jam penerbangan bersama AirAsia Indonesia dengan pesawat Airbus A320.
"Pegawai pertama pula mencatat 2,275 jam penerbangan dengan AirAsia Indonesia," katanya.
Pada Ahad, pesawat ke Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi setelah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi.
Katanya ketika ini, operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah penyelarasan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dan AirAsia Indonesia memberi kerjasama penuh serta membantu dengan sedaya upaya dalam penyiasatan kehilangan pesawat berkenaan.