"Kami akan mencari di dalam kawasan 11,000 batu nautika persegi ke timur Pulau Belitung.
"Tentera Laut Diraja Malaysia turut menggerakkan tiga kapal dan akan melakukan pencarian di kawasan tersebut," kata Liow.
Selain itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah menghantar sebuah pesawat C130, CN235 dan Beechcraft untuk membantu operasi SAR.
Liow berkata Malaysia sedia untuk mengerahkan lebih banyak aset sekiranya kerajaan Indonesia meminta untuk berbuat demikian.