KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
Helikopter itu melakukan pendaratan cemas di kawasan terbabit. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu dan berkata, dua juruterbang dan dua kru selamat.
Katanya, keempat-empat mereka terdiri daripada tiga anggota polis dan seorang awam.
"Saya mengesahkan kesemua mereka selamat," katanya ketika dihubungi.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan.