Ia menjadikan jumlah sumbangan terkumpul yang diterima parti itu setakat ini bernilai RM2.1 juta.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata barangan itu akan disalurkan kepada mangsa-mangsa secara berperingkat.
"Setakat ini, kami telah mengumpulkan sumbangan bernilai lebih RM2 juta tetapi saya fikir kami perlukan lebih banyak lagi (sumbangan) untuk meneruskan, untuk membekalkan barangan dan air ke pusat-pusat penempatan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, Rabu.
Liow berkata sumbangan daripada pelbagai pihak itu menunjukkan perpaduan rakyat negara ini dalam membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.