suria

Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat di Sabah

Situasi banjir yang melanda Kota Belud.
KOTA KINABALU: Hujan lebat yang turun semalaman menyebabkan banyak kawasan di Sabah dilanda banjir kilat terutamanya di kawasan utara Kota Belud. 

Kira-kira 50 orang daripada lapan kampung antaranya di Kg Linau, Kg Gunding, Kg Menunggui, Kg Bobot, Kg Kota Belud, Kg Siasai, Kg Kotabungan, dan Kg Lobak Engad terpaksa dipindahkan kerana paras air sungai berhampiran naik hingga ke paras lutut pada pagi Jumaat. 




Di Kota Belud, para nelayan turut membantu proses memindahkan mangsa banjir. Mereka ditempatkan di dewan Tun Said. 

Bagaimanapun, lebih ramai penduduk kampung dijangka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja hujan berhenti. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

banjir kilat, SAbah, Kota Belud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain