KOTA KINABALU: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu terpaksa dilencongkan ke Miri berikutan cuaca buruk pada Jumaat. Pesawat MH2604 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pukul 10.05 pagi. Bagaimanapun, cuaca ribut memaksa juruterbang mengubah laluannya ke Lapangan Terbang Miri sementara menunggu keadaan cuaca kembali baik. Tidak dipastikan berapa ramai yang menaiki pesawat MH2604 itu. Pesawat tersebut kemudiannya berlepas dari Miri dan tiba di Kota Kinabalu pada pukul 12.45 tengah hari.