suria

AirAsia QZ8501: 10 Jenazah Berjaya Ditemui Setakat Ini

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui dua lagi mayat daripada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, yang dilaporkan hilang untuk di bawa ke Pangkalan Bun, di Kalimantan pada pagi Jumaat. 

Ia menjadikan jumlah mayat yang berjaya ditemui hingga kini, ialah 10 orang, menurut laporan. 

Dua lagi mayat termasuk satu mayat yang ditemui pada petang Khamis dan masih menunggu untuk dibawa ke pangkalan. 

Enam mayat dijangka dapat dibawa keluar sekiranya cuaca mengizinkan, menurut pihak berkuasa tempatan, memetik laporan daripada Metro TV.  

"Cuaca di Pengkalan Bun agak tidak mengizinkan, langit yang pada asalnya cerah kini tiba-tiba bertukar gelap, dan kembali terang, kata Komander Angkatan Tentera Laut Indonesia, Widodo, kepada Metro TV pada pagi Jumaat sebaik sahaja beliau pulang dari laut. 

Beliau berkata ombak agak tinggi dan jarak penglihatan manusia di bawah air hanyalah sekitar dua meter, ia menyukarkan pasukan penyelam untuk membawa naik mayat mangsa yang ditemui.

Terdahulu, Ketua Agensi SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Saoelistyo berkata dalam misi pencarian pada Khamis pihaknya telah berjaya menemui beberapa jenazah penumpang pesawat QZ8501. 

Menurutnya, setakat ini pihaknya telah berjaya menemui sembilan jenazah. 

"Total jenazah yang berjaya ditemui setakat ini, adalah sembilan orang," kata Soelistyo di pejabatnya di Kemayoran, Jakarta pada Khamis. 

Beliau berkata, daripada sembilan jenazah yang ditemui enam daripadanya telah dihantat ke Surabaya untuk proses identifikasi. 

Jelasnya, masih terdapat tiga lagi jenazah yang belum dihantar ke Surabaya, di mana dua daripadanya kini berada di Pengkalan Bun dan satu lagi di KRI Yos Sudarso. 

"Ketiga-tiga jenazah tersebut adalah wanita," katanya. 

Soelistyo berkata, pihaknya dan pasukan mencari kini melakukan operasi carian di kawasan seluas 13,500 kilometer persegi. 

Beliau berkata sebanyak 19 kapal laut dari Indonesia dan beberapa negara asing turut menyertai misi pencarian tersebut. 

"Sementara itu, sebanyak sembilan buah pesawat digunakan dalam operasi pencarian di udara," katanya.
jenazah, QZ8501, AirAsia, Indonesia, Basarnas

Artikel Lain