Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Anuwar Osman berkata mayat Joel Kuzaini Karnaini, 25, beralamat di Kampung Paya Jauh, Temerloh, ditemui orang awam pada pukul 6.12 petang sebelum memaklumkannya kepada polis.
Beliau berkata mayat mangsa ditemui di dalam paya itu dalam keadaan lengkap berkemeja-T dan berseluar jeans sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.
"Selain itu, polis juga menemui satu kunci motosikal yang disimpan di dalam poket seluar hadapan mangsa dan ia sepadan dengan sebuah motosikal yang ditemui 100 meter dari tempat kejadian," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah.