Mangsa dipercayai terbabas akibat cuba mengelak lori berkenaan yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.
Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.