IPOH: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang akibat lemas dalam air banjir pada Rabu lepas, di ladang kelapa sawit Felcra Toh Paduka Raja dekat Kampung Gajah, ditemui pada Ahad. Ketua Operasi Balai Bomba Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Affendi Ahmad berkata mayat mangsa, Mohamad Haris Mohamad Johari, dari Kampung Padang Gertak, Pulau Tiga ditemui anggota bomba kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11.15 pagi itu. "Pasukan bomba menggunakan teknik 'surface searching' ketika mencari mangsa.," katanya. Pada Rabu lepas, Mohamad Haris, dilaporkan dikhuatiri lemas ketika sedang menjala ikan pada pukul 10.30 pagi.