Shahril, yang sebelum ini menduduki kerusi Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Malaysia Bhd, mengambilalih tugas Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, yang meletak jawatan tahun lepas.
Dalam satu kenyataan di sini, Isnin, MRT Corp berkata, Sharil memulakan hari pertamanya menerusi mesyuarat bersama barisan pengurusan yang disusuli pertemuan dengan Pengerusi syarikat, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Shahril menegaskan, keutamaannya adalah mengekalkan momentum kelancaran pembangunan projek MRT bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang, yang kini mencecah 57.62 peratus sehingga 15 Disember lepas.
"Saya difahamkan, pameran umum bagi projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dijangkakan dapat dimulakan pada Mac," katanya.