suria

QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat Mungkin Telah Dapat Dikesan - Kapten Tentera Laut

Petugas memasang pelampung suar yang akan diletakkan di kawasan yang dipercayai pegawai sebagai kawasan bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 terhempas, berhampiran pelabuhan Kumai di Pangkalan Bun. -foto REUTERS
PANGKALAN BUN: Sebuah kapal peronda tentera laut Indonesia menemui apa yang kapten kapal tersebut percaya ia merupakan bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia yang hilang, bahagian penting di mana letaknya kotak hitam perakam data penerbangan.

"Kami menemui bahagian yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi bahawa ia adalah ekor pesawat," kata kapten kapal peronda, Yayan Sofyan, kepada pemberita, Selasa.

Walau bagaimanapun, agensi mencari dan menyelamat Indonesia masih belum mengesahkan penemuan itu.

Beberapa buah kapal dan pesawat mencari serpihan dan mayat mangsa dari pesawat Airbus A320-200, meluaskan kawasan carian mereka pada Isnin.

Agensi meteorologi Indonesia berkata ribut tropika bermusim mungkin menyumbang kepada nahas pada 28 Disember dan cuaca buruk yang berterusan telah menghalang usaha untuk mencari mayat dan mencari perakam suara dan data penerbangan yang dapat menjelaskan mengapa pesawat itu terhempas ke dalam laut.

Artikel Lain