Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai pesara tentera Elias Hasan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54.
Penduduk menemui dua mayat tersebut kira-kira pukul 7 pagi Selasa, dengan kesan tikaman di bahagian badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superitendan Wari Kiew mengesahkan bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.50 pagi.