suria

PM Kembali Bertugas Selepas Terkena Jangkitan Bakteria

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas pada Rabu selepas bercuti rehat berikutan terkena jangkitan bakteria Escherichia coli (E.coli) dengan mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Perdana menteri dalam catatan Twitternya berkata: "Alhamdullilah, kembali kerja hari ini.

"Terima kasih kepada semua, termasuk rakan-rakan online yang telah doa bersama ucapan-ucapan cepat sembuh," katanya.

Dalam satu lagi tweet, Najib berkata agenda utama mesyuarat Kabinet hari ini adalah membincangkan isu berkaitan banjir dan usaha untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Najib turut memuatkan gambar beliau dan beberapa menteri kabinet, termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menghadiri mesyuarat itu.

Najib sebelum ini dilaporkan terkena jangkitan E. coli semasa melawat kawasan banjir di beberapa negeri baru-baru ini dan telah dinasihatkan doktor supaya berehat.

Sehingga pukul 1 tengah hari, masih terdapat sebanyak 18,171 orang mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pahang, 4,771 orang di Perak dan 3,984 orang di Kelantan.


Najib, PM, E-coli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain