Pasukan penyelam telah berjaya menemui ekor pesawat Airbus A320-200 pada Rabu. Ekor pesawat merupakan lokasi di mana terletaknya perakam suara dan data penerbangan pesawat.
Kotak hitam merupakan item paling penting yang dapat menyelesaikan teka-teki punca sebenar yang menyebabkan pesawat yang sedang dalam perjalanan Surabaya-Singapura yang membawa 162 penumpang pada 28 Disember itu terhempas ke laut.
Sebaik sahaja kotak hitam ditemui, data penerbangan pesawat berkenaan akan dianalisis di Indonesia, kata Indroyono.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes menulis di twitternya: "Jika (benar) ia adalah ekor pesawat, kotak hitam pasti berada di sana...
"Kita perlu menemui semua bahagian pesawat tidak lama lagi jadi kita boleh menemui semuai penumpang agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga mereka. Inilah keutamaan kami."