Penerbangan QZ8501 hilang dari skrin radar pada 28 Disember, kurang dari separuh perjalanan dua jam dari bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya ke Singapura.
Pesawat Airbus A320-200 membawa kotak hitam perakam suara dan data penerbangan yang terletak berdekatan bahagian ekor pesawat. Pegawai bagaimanapun telah memberi amaran bahawa ia mungkin boleh terpisah daripada ekor.
Pegawai penyiasat di Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Santoso Sayogo, berkata kotak hitam tidak lagi berada di bahagian di ekor pesawat yang ditemui.
"Kami bagaimanapun tidak mahu mengesahkan bahawa ia adalah kotak hitam. Para penyelam perlu mengesahkannya. Malangnya ia seolah-olah berada di luar ekor pesawat. Tetapi penyelam perlu mengesahkan kedudukannya."
Ekor pesawat ditemui pada Rabu, dengan kedudukan terbalik di dasar laut kira-kira 30 kilometer (20 batu) dari lokasi terakhir pesawat, pada kedalaman kira-kira 30 meter.
Pasukan carian Indonesiapada Jumaat membawa beg pelampung dengan helikopter pada hari menjelang operasi mengapungkan bahagian pesawat yang dianggap penting itu.