KUALA LUMPUR: Bekas komando militan Negara Islam (IS) yang ditahan di Arab Saudi didapati mengalami masalah 'mental tidak stabil' sebelum meninggalkan dari Angkatan Tentera Malaysia. Sumber mendedahkan bahawa lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Perak itu menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan mental sebelum menamatkan perkhidmatannya kira-kira 18 bulan lalu. "Dia berkhidmat dengan tentera selama 10 tahun tetapi menunjukkan tanda-tanda hadapi masalah mental tidak stabil di penghujung perkhidmatannya. "Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada keadaan mentalnya adalah penyebab di sebalik pelepasannya (daripada perkhidmatan), " kata sumber kepada The Star pada Jumaat. Difahamkan sebelum pemergiannya ke Timur Tengah, lelaki itu turut menceraikan isterinya, seolah-olah bersedia untuk meninggalkan Malaysia untuk menyertai kehidupan militan di Arab Saudi Pasangan itu bagaimanapun tidak mempunyai anak. "Dia juga menderma sebahagian daripada wang simpanannya kepada kumpulan yang didakwa ada kaitan dengan militan kerana sering berhubung dengan suspek militan di Facebook," dedah sumber itu. Turut difahamkan bahawa suspek juga mengadakan pertemuan dengan anggota militan ketika tiba di Arab Saudi pada 15 Disember lalu. Dia mengirinya bapanya mengerjakan umrah namun didapati hilang pada 18 Disember. Bagaimanapun pihak berkuasa Arab Saudi menahannya pada 28 Disember. "Dengan pengalamannya sebagai bekas anggota komando dan keadaan mentalnya yang tidak stabil menjadikan dia lebih membahaya kerana tindakannya sukar diramal," katanya lagi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementeriannya memandang serius perkara itu berikutan wujudnya trend anggota tentera menyertai militan. "Saya sedar dengan kes berkenaan dan kami sedang bekerjasama dengan pihak polis. "Kami tidak akan bertolak ansur dengan anggota tentera yang menyertai kumpulan militan," katanya.