suria

Penemuan Ekor QZ8501 Semakin Dekat Ketahui Punca Nahas - Liow

Pasukan penyelamat dan penyelam berada dekat dengan bahagian ekor pesawat QZ8501 di atas kapal milik Indonesia, Crest Onyx. Foto EPA

IPOH: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penemuan bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 itu merupakan selangkah lagi untuk mengenal pasti punca nahas.

Beliau berkata, pasukan mencari kini semakin hampir untuk mencari kotak hitam, yang tidak ditemui pada bahagian ekor pesawat.

"Saya dimaklumkan isyarat 'ping' dari kotak hitam semakin kuat dan dekat.

"Ia merupakan langkah penting bagi mengenal pasti apakah yang berlaku kepada pesawat itu," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

"Dengan kotak hitam itu, kita dapat mengakhiri segala spekulasi mengenai punca pesawat terhempas," tambahnya.

Liow turut berkata, pusat operasi di Lapangan Terbang Subang menerima laporan daripada Indonesia setiap hari dan mereka menelitinya.

"Kita juga menyelaraskan usaha kita bersama Kerajaan Indonesia bagi membantu mereka," katanya.


Artikel Lain