"Mereka dilaporkan mula mendaki gunung tersebut pada pukul 8 pagi tadi dan dikatakan hilang arah pada pukul 11 pagi. Kami menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis kira-kira pukul 7.30 malam.
"Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula pada pukul 8 malam disertai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Senawang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.
Bagaimanapun, katanya, keempat-empat mangsa itu ditemui dalam keadaan selamat berhampiran asrama sebuah kilang di Senawang pada pukul 9 malam.
Katanya mereka kelihatan penat dan tidak bermaya disebabkan sesat dalam tempoh masa yang lama.