suria

'Jangan Buat Dakwaan Umum Tentang Esktremisme' - Mapim

Mohd Azmi Abdul Hamid (kanan).

KUALA LUMPUR: Ekstremisme agama bukan mengancam perpaduan dan kestabilan negara tetapi sebaliknya jurang yang semakin besar dalam politik, ekonomi, pendidikan dan habitat manusia, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, adalah penting untuk tidak membuat kenyataan umum mengenai ekstremisme, terutama apabila meletakkan kumpulan atau agama tertentu pada kedudukan yang buruk.

"Sebagai contoh, dalam satu temuramah dengan The Star bertarikh 14 Disember, Datuk Noor Farida Ariffin, salah seorang daripada 25 kumpulan Melayu terkemuka (G25), berkata kumpulan itu menulis surat terbuka untuk menunjukkan terdapat pemikiran orang Islam yang rasional, sederhana di negara ini.

"Beliau turut mendakwa orang Melayu menjadi tamak dan mahu menafikan hak kaum lain," katanya, sambil menambah dakwaan secara umum ini akan meletakkan masyarakat itu pada kedudukan yang tidak baik.

Beliau turut mengkritik kempen Voice of Moderates yang dijalankan The Star, dengan menyatakan bahawa ia adalah umum dan tidak menentukan masalah individu.

"Ekstremisme wujud secara menyeluruh tanpa mengira agama, dan kita tidak boleh mengaitkan ekstremisme dengan hanya satu agama," katanya pada sidang media di mana badan itu mengeluarkan surat terbuka, yang disokong 35 pemikir Melayu.

"Menerusi kempen itu, The Star membuatkannya ia seolah-olah mereka yang tidak menyokong 25 itu, termasuk pandangan mereka tentang undang-undang Syariah, sebagai ekstremis," katanya, sambil menambah ia tidak sepatutnya berlaku.

Mohd Azmi berkata, pandangan 25 individu itu tidak semestinya yang dimahukan oleh majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.

"Apa yang kita perlu tahu adalah berubah dari topik ekstremisme agam dan menumpukan isu-isu seperti rasuah, memonopoli kekayaan yang dilakukan oleh kumpulan elit tertentu dan kemusnahan alam sekitar.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan 25 pihak itu mengenai keperluan untuk mengadakan dialog berkaitan dengan hal-hal keagamaan.

Katanya, Mapim telah berbincang dengan kerajaan untuk mengaturkan sebuah forum mengenai perkara tersebut.

Surat terbuka Mapim juga disiarkan di dalam The Star sebelum ini pada 17 Disember lalu, di mana mereka menyuarakan sokongan mengenai pelaksanaan undang-undang Syariah dan meminta supaya menubuhkan jawatankuasa berpengaruh tinggi untuk mengkaji Perlembagaan Persekutuhan bagi menggabungkan keperluan orang Islam dan memperkukuhkan hak minoriti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain