Pertukaran nama laluan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersempena perasmian bangunan menara berkembar bank tersebut di sini Khamis.
Naib berkata, pencapaian Bank Rakyat sejak ia ditubuhkan 60 tahun lalu amat memberangsangkan, menunjukkan peningkatan setiap tahun.
"Hakikat bahawa Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2 bilion sejak 2011, jelas menunjukkan prestasi bank tersebut," katanya pada majlis perasmian itu.