PARIT BUNTAR: Majlis persaraan seorang guru besar sepatutnya berjalan baik tetapi berakhir dengan tragis dan menyayat hati apabila dia meninggal dunia di majlis berkenaan pada Selasa. Cheah Hock Hin, merupakan guru besar SK Tanah Kebun di Parit Buntar. Ketika kejadian, Cheah, 60, masih berada di atas pentas sedang menonton persembahan muzikal selepas menyampaikan ucapannya pada tengah hari, sebelum jatuh pengsan. Beberapa guru cuba untuk menyedarkannya kembali tetapi gagal. Dia dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung.