"Tidak perlu bercakap lagi. Kita hanya perlu menghapuskan frasa 'Lain-Lain' dan menggantikannya dengan bangsa atau kumpulan etnik masing-masing. Lakukan sahaja," kata Pairin, yang merupakan Huguan Siou atau pemimpin agung masyarakat Kadazandusun.
(Borang-borang kerajaan memberikan pilihan bangsa Melayu, Cina, India dan kategori 'Lain-Lain' untuk diisi pemohon)
Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata masyarakat etnik juga akan membantu pihak berkuasa dalam usaha pengumpulan data dengan menyatakan bangsa dalam borang kerajaan.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata mereka daripada masyarakat peribumi seperti Iban, Bidayuh, Melanau kini boleh menentukan bangsa mereka dalam dokumen-dikumen yang disediakan.
Adun Bingkor Datuk Dr Jeffery Kitingan berkata menghapuskan kategori 'Lain-Lain' sudah lama tertangguh.
Jeffrey, adik kepada Pairin, berkata kerajaan Sabah perlu mencontohi langkah Sarawak dan menghapuskan kategori 'Lain-Lain' dalam borang rasmi.