Bunyi beberapa penggera, termasuk satu yang menunjukkan pesawat itu dalam keadaan pegun, boleh didengar menerusi rakaman kotak hitam dalam kokpit pesawat Airbus A320-200 itu, kata penyiasat itu kepada AFP, meminta tidak mahu namanya disiarkan.
"Penggera amaran, kita boleh katakan, berbunyi, manakala suara latar belakang mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) sibuk mencuba memulihkan keadaan," kata penyiasat itu.
Penyiasat daripada Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Pengangkutan Indonesia (NTSC), menambah bahawa suara juruterbang ditenggelami oleh bunyi penggera yang kuat.
"Pada minit terakhir, pesawat mendongak pada kelajuan yang luar biasa," kata menteri itu kepada pemberita.
Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 penumpang dan anak kapal, dan setakat ini hanya 53 mayat dijumpai.
Ketua Jawatankuasa Tatang Kurniadi berkata laporan awal mengenai kejadian itu akan siap pada Selasa, sebulan selepas kemalangan.
Beliau berkata laporan penuh tidak akan didedahkan kepada umum, namun pihak media akan diberitahu sebahagian besar kandungannya.