suria

Program Pemulihan Elak Banduan Kembali Lakukan Jenayah

KUALA LUMPUR: Program pemulihan di penjara dapat membantu mencegah banduan kembali melakukan jenayah.

Penolong Komisioner Jabatan Penjara Abdul Kadir Jailani berkata peratusan banduan kembali ke penjara berkurangan dari 30 peratus pada 2009 kepada 8 peratus baru-baru ini.

"Ini, kami percaya ada kaitan dengan proses pemulihan di penjara di mana banduan diberi latihan vokasional.

"Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan banduan mempunyai masa depan apabila mereka dibebaskan untuk mengelakkan mereka kembali melakukan kegiatan jenayah," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, antara latihan vokasional yang diberikan kepada banduan termasuk memasak, landskap dan pembersihan.

"Apabila mereka dilatih untuk memasak sebagai contoh, kami berharap mereka akhirnya diberi peluang diluar sana untuk menjadi penyedia makanan.

"Di penjara ini, kami melakukan yang terbaik untuk menyedialan kualiti dapur yang menawarkan makanan berkhasiat kepada banduan," katanya.

Abdul Kadir berkata banduan dibayar RM10 sehari untuk melakukan tugasnya.

"Wang tersebut kami percaya ia dapat membantu mereka memulakan kehidupan sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar penjara.

"Perkara paling penting adalah untuk tidak menyisihkan mereka kerana mereka adalah penjenayah.

"Terdapat kira-kira 48,087 banduan secara keseluruhannya dan walaupun mereka melakukan jenayah, mereka seharusnya diberi layan yang sewajarnya agar membantu mereka menjadi insan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata kira-kira RM35 dibelanjakan setiap hari untuk keperluan setiap banduan.



banduan, Jabatan Penjara

Artikel Lain