suria

Mayat Lelaki Bertatu Ditemui Terapung Di Lombong

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan terapung di lombong berdekatan bulatan Batu Caves Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Kepong, tengah hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, R.Munusamy berkata, pihaknya menerima panggilan penemuan mayat itu pada 1.40 tengah hari dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati mayat lengkap berpakaian seluar jean, kemeja-T serta kasut sandal.     

"Tiada pengenalan diri ditemui dan pemeriksaan luaran fizikal dilakukan, tiada kesan mencurigakan, bagaimanapun mayat berkenaan mempunyai tatu lambang nazi di ibu jari tangan kanannya," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Mayat itu dihantar ke hospital Selayang untuk bedah siasat, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain