suria

Sidang Media MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas

Kehadiran warga China yang mendakwa isteri mangsa nahas MH370 menggemparkan pihak media yang menunggu untuk sidang media di pejabat DCA, Khamis.

PUTRAJAYA: Sidang media Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) untuk memaklumkan maklumat terbaharu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 gempar dengan kehadiran salah seorang waris mangsa nahas itu.

Kehadiran wanita warga China itu menarik perhatian wakil media yang hadir dan kebetulan ketika itu sidang media di pejabat DCA itu belum bermula.

Wanita berusia 29 itu mendakwa dia adalah isteri kepada salah seorang mangsa yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Dia yang memegang sekeping gambar yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berkata: "Tolong kembalikan suami saya...."

Wanita itu mengeluarkan kenyataan media mewakili Voice370, iaitu  kumpulan yang mewakili keluarga dan waris mangsa tragedi itu.

Menurut kenyataan itu, keluarga mangsa MH370 tidak akan menerima sebarang pengumuman atau pengisytiharan berhubung kehilangan pesawat itu sekiranya tiada sebarang bukti kukuh.

Selain wanita berkenaan, turut kelihatan isteri kepada pramugara MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, iaitu Intan Maizura Othman yang hadir bersama anak bongsunya, Muhammad yang berusia lapan bulan.

MH370, DCA, China, Beijing

Artikel Lain