suria

Restoran Nasi Kandar Line Clear Beroperasi Seperti Biasa

Orang ramai boleh menikmati nasi kandar mereka di restoran Line Clear.
GEORGE TOWN: Restoran popular Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang di sini beroperasi seperti biasa pada Sabtu.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) merancang untuk mengambil tindakan terhadap pengendali premis restoran tersebut kira-kira pukul 7 pagi Sabtu.

Walaupun pengendali premis tersebut, Abdul Hamid Seeni Pakir, 60, dikatakan telah memperoleh perintah penangguhan perlaksanaan tindakan lanjut terhadap MPPP, beliau bimbang pihak berkuasa tempatan itu akan meneruskan tindakan penguatkuasaan mereka.

Pengendali tidak mempunyai dokumen mahkamah untuk membuktikan perintah penangguhan itu.

Menurut laporan sebuah portal berita secara dalam talian, peguam Md Yusuf Idris berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan perlaksanaan tindakan di kamar hakim pada Jumaat.

Md yusuf memfailkan permohonan tersebut pada Isnin terhadap MPP berhubung keputusannya untuk mengambil tindakan ke atas pengendali restoran tersebut.

Beliau berkata permohonan tersebut diserahkan di kamar hakim kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Katanya, mereka tidak mendapatkan salinan perintah tersebut kerana kaunter di mahkamah telah pun ditutup.

Md Yusuf memberitahu pihaknya akan mendapatkan dokumen berkenaan pada Isnin depan.

Restoran tersebut menghadapi masalah pelesenan disebabkan persengketaan keluarga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain