suria

Bayi Jantung Berlubang: Jailani Minta IJN Ambil Tindakan Segera

Nurul Hidayah membetulkan tiub saluran pernafasan anaknya Wan Hanif Hasyraf, bayi enam bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir di kediamannya di Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu.

HULU TERENGGANU: Penderitaan bayi berusia enam bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir mendapat perhatian Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Bayi Wan Hanif Hasyraf Wan Mohd Firdaus terpaksa bergantung hidup kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa berikutan penyakit yang dihidapinya dan memerlukan pembedahan segera untuk membesar seperti bayi normal yang lain.

Jailani, yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu, berkata beliau akan berusaha untuk memanjangkan kes bayi itu kepada Institut Jantung Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya pembedahan segera dapat dilakukan.

"Bayi ini terpaksa bergantung 24 jam kepada mesin pernafasan, memang sangat kesian melihatnya. Pergerakannya agak terbatas dan tak dapat membesar seperti bayi lain," katanya kepada pemberita ketika melakukan ziarah ke kediaman keluarga bayi berkenaan di Kampung Buluh di sini, Ahad.

Sementara itu, ibu bayi itu Nurul Hidayah Juhari, 25, berkata, bayinya sepatutnya dijadual dibedah pada 14 Januari lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan ada kes kecemasan lain yang perlu didahulukan.

Artikel Lain