suria

Marwan: Pasukan Keselamatan Berjaga-Jaga Terhadap Kemungkinan Serangan

Marwan.

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan di negara ini berikutan laporan mengenai kematian anggota militan Zulkifli bin Hir atau Marwan di Filipina, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita akan berhadapan terhadap apa sahaja cara yang dilakukan militan.

"Rakyat kita juga tidak terpedaya atau terjebak dalam menyokong militan," katanya selepas melancarkan selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan pasukan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim 2015 pada Rabu.

Beliau berkata, angkatan tentera telah memperkukuhkan keselamatan di Sabah.

Ini termasuk menaik taraf pangkalan udara TUDM di Labuan, menubuhkan pangkalan hadapan di Lahad Datu dan juga pangkalan luar pesisir pantai.

Marwan terbunuh dalam operasi polis Filipina pada bulan lalu. Pasukan keselamatan berjaya memotong jari dari tubuhnya bagi memastikan DNA adalah milik pengganas itu.

Marwan dikenali sebagai pembuat bom untuk Jemaah Islamiyah, yang telah melakukan pengeboman di Bali pada 2002 yang meragut 202 nyawa, dan serangan berbahaya lain di Asia Tenggara.

Marwan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain