suria

Kertas Kerja Mengenai Tarif Elektrik Akan Dibentang Kepada Kabinet

ALOR SETAR: Kabinet akan membentangkan satu kertas kerja kajian mengenai tarif elektrik untuk kegunaan domestik dan industri memandangkan berlakunya penurunan harga petrol.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata satu mesyuarat telah dipanggil oleh kementeriannya, yang dihadiri oleh wakil Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad.

"Kami sedang mengkaji butiran dari semua sudut dan aspek tarif elektrik.

"Hasil daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kabinet secepat mungkin untuk pertimbangan mereka.

"Kami akan terus menganalisis jumlah sebenar kos pindahan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sambutan jubli emas SMK Pokok Sena  dekat sini, Khamis.

Ahli Parlimen Padang Terap itu bagaimanapun enggan mendedahkan sama tarif elektrik akan menjadi lebih rendah, sambil berkata beliau akan menyerahkan kepada Kabinet untuk membuat pengumuman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain