Menurutnya, perbincangan itu akan diadakan semasa lawatan rasmi Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu ke negara ini yang dijangka 27 Februari.
Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Jumaat yang antara lain menyentuh tentang isu tersebut.
Pada Jumaat, Najib dan pemimpin Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi bersetuju melantik duta khas untuk mengadakan rundingan bagi persempadanan maritim.Inisiatif itu merupakan satu daripada landasan bagi kedua-dua negara meneruskan usaha menyelesaikan persempadanan maritim yang kompleks dan sudah lama tertunggak.