Beliau berkata ini kerana pihak FAMA mempunyai urusetia yang dilantik untuk membuat pemantauan harga di 577 pasar tani yang beroperasi di seluruh negara.
Badruddin berkata sekiranya ada dakwaan yang mengatakan harga sayur naik, itu adalah di pasar-pasar lain yang di luar bidang kuasa pemantauan FAMA.
"InsyaAllah...kita ada urusetia di setiap pasar tani untuk membuat pantauan harga seperti yang dipersetujui (menjual pada harga) berpatutan iaitu bawah daripada pasar-pasar lain," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Jualan Karavan Tani@Berjaya Times Square yang disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Pada Sabtu lepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan 'Program Jualan Turun Harga Pasar Tani'.
Badruddin sehubungan itu berkata pengguna perlu bijak berbelanja dengan memilih pasar tani sebagai pilihan utama untuk membeli barangan keperluan.