Beliau akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya pada Isnin tetapi perkhidmatannya disambung dari 10 Februari 2015 sehingga 31 Mac 2015.
Dalam satu kenyataan, Najib berkata kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Azhar di atas sumbangan beliau kepada Petronas sejak memegang jawatan tersebut pada 2010.
Beliau telah berkhidmat dengan Petronas sejak 1975 dan memegang beberapa jawatan kanan pentadbiran.