PETALING JAYA: Pemburu badak warga Nepal yang dikehendaki sejak kebelakangan ini dihantar pulang ke negara asalnya selepas ditahan oleh polis Malaysia. Penolong Pengarah Pusat Biro Nasional/Interpol Superitendan Gan Tack Guan mengesahkan Rajkumar Praja, 31, seorang warga Nepal dihantar pulang ke Nepal pada Ahad. "Dia berada di sini selama secara haram selama sembilan hari dan datang ke sini (Malaysia) dengan dokumen berbeza," katanya kepada The Star. Gan berkata Rajkumar, yang dikehendaki polis Nepal diiringi pegawai negara ini dan dihantar dari Malaysia pada pagi Ahad. Beliau mengesahkan bahawa aktiviti pemburuan haram Rajkumar dilakukan di Nepal dengan tiada perbuatan itu dilakukan di sini. Maklumat lanjut akan didedahkan di laman web Interpol dalam tempoh beberapa hari lagi, katanya. Pada 2013, Interpol mengeluarkan satu Notis Merah atas permintaan Nepal terhadap Rajkumar. Dia dikehendaki bagi menjalani hukuman 15 tahun kerana memburu badak di Taman Negara Chitwan, tengah Nepal. Menurut akhbar harian Nepal, Kantipur melaporkan Rajkumar dipercayai membunuh 15 ekor badak secara haram. Taman tersebut dipercayai menjadi habitat kepada 500 jenis badak ganjil dari India atau dikenali sebagai badak bertanduk satu. Badan tersebut juga boleh ditemui di utara Bangladesh, India dan Pakistan. Pengarah Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma berkata, Nepal mempunyai rekod cemerlang sejak kebelakangan ini dalam memastikan tiada aktiviti pemburuan haram di sana. "Apa yang mungkin berlaku adalah pemburu haram akan mencari tempat lain jika mereka mahu melakukan aktiviti tersebut lagi," katanya. Pengarah Serantau kumpulan pemantauan perdagangan hidupan liar utama dunia (Traffic) Dr Chris Shepherd berkata, adalah tepat untuk melihat Nepal dan Malaysia bekerjasama dalam mengambil tindakan terhadap peniaga tanduk badak. Laman web Persekutuan Badak Antarabangsa menganggarkan bahawa lebih 3,200 binatang tersebut adalah di India dan Nepal. Badak India diklasifikasikan sebagai haiwan yang mudah terdedah kepada bahaya dibawah Senarai Merah IUCN global.