suria

Tarif Elektrik Turun Mulai 1 Mac

Maximus Ongkili.

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Mac ini.

Penurunan tarif elektrik itu untuk pengguna yang menggunakan 300 kWj dan lebih setiap bulan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, pengguna boleh menjangkakan penjimatan antara RM13.50 dan RM45 dalam bil bulan mereka.

Penurunan tarif itu sah sehingga 30 Jun. 


tarif elektrik, Maximus Ongkili

Artikel Lain