suria

Elaun Bulanan Adun Johor Naik 80 Peratus

Mohamed Khaled Nordin.
NUSAJAYA: Kerajaan negeri Johor telah meluluskan kenaikan elaun bulanan sebanyak 80 peratus bagi semua 56 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu daripada RM5,000 kepada RM9,000. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kenaikan sebanyak RM4,000, itu selaras dengan Gred 54, berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun ini. 

"Kali terakhir elaun Adun disemak semula pada 2009. 

"Sudah tiba masanya elaun dinaikkan sebagai satu pengiktirafan kepada kerja keras dan dedikasi mereka," katanya ketika pembukaan sidang DUN di sini pada Khamis.

Usul itu yang dibentangkan Khaled itu disokong Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Usahawan dan Koperasi negeri, Md Jais Sarday dan mendapat sokongan majoriti wakil rakyat pada persidangan ketiga DUN Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini.

Artikel Berikut

Mencuri Ketika Orang Bersolat

Artikel Lain