suria

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Dengan Cangkul

Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan membunuh ibunya berusia 47 tahun dengan menggunakan batang cangkul di rumahnya, minggu lepas.

Tertuduh, Khairul Nizam Zainuddin, 20, didakwa membunuh ibunya, Hamidah Mat Zin, yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, 7 Februsari lepas, sehari selepas dipukul oleh tertuduh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Khairul Nizam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zihan Mohamad Ali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Noor Zaihan juga tidak membenarkan tertuduh dikat jamin dan memerintahkan kes disebut semula pada 17 Mac ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor V. Muneswaran manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam bela.

Tertuduh sebelum ini didakwa memukul ibunya menggunakan batang cangkul dalam kejadian di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini, 6 Februari lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Hamidah dikatakan sedang berehat di ruang tamu rumahnya sebelum tertuduh yang meracau seorang diri sebaik memasuki ruang tamu rumah berkenaan bertindak memukul kepala ibunya bertubi-tubi.

Hamidah, yang bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad dekat sini, disahkan meninggal dunia di HTAA kira-kira jam 9 pagi pada keesokan  harinya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit selepas mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib.

Bunuh ibu

Artikel Lain