BERIKUT adalah kronologi sekitar majlis pengebumian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pagi Jumaat: 10.55 pagi: Jenazah Allahyarham Nik Aziz selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka, di Kota Baharu, Kelantan. 9.45 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba, ditemani Datuk Seri Mustapa Mohamed. Ribuan pengunjung dari seluruh negeri hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Nik Aziz di Masjid Kampung Pulau Melaka. 9 pagi: Jenazah Nik Aziz dibawa ke masjid untuk memudahkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir. 8.30 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di rumah Nik Aziz. 7 pagi: Berikutan kehadiran orang ramai yang diluar jangkaan, pengunjung tidak dibenarkan untuk memberikan penghormatan terakhir di rumahnya pada waktu ini. 6.00 pagi: Ribuan pengunjung memenuhi perkarangan rumah Nik Aziz sejak malam Khamis. Solat subuh dilakukan di Masjid Tok Guru, terletak berdekatan rumahnya. Masjid tidak dapat menampung kehadiran pengunjung yang semakin ramai. Ada di kalangan pengunjung solat di luar masjid dan di atas jalan raya.