suria

Zunar Bebas Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA: Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, yang disiasat dibawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina institusi kehakiman, dibebaskan dengan ikat jamin pada pagi Jumaat.

Peguamnya, Melissa Sasidaran, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi The Star Online.

"Dia dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

"Polis akan melengkapkan kertas siasatan terhadap kes itu. Kami tidak pasti sekiranya dia akan didakwa," katanya.

Zunar direman tiga hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung komen dalam tweetnya yang berbaur hasutan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan unit Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk menjejaki dan menyiasat Zunar.

Zunar ditahan di hadapan kediamannya di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, Rabu lalu.

Zunar, Anwar Ibrahim

Artikel Berikut

Artikel Lain