Bagaimanapun, mereka menuntut kuasa Presiden untuk melantik sembilan ahli CWC, seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan parti itu, tidak terjejas.
Setiausaha Agung MIC, Datuk S.Sothinathan berkata CWC interim perlu mematuhi perlembagaan parti apabila pemilihan semula diadakan.
"Jika Pendaftar Pertubuhan (RoS) mahu CWC 2009 untuk mengambil alih, mereka mesti menerima semua itu, presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, 23 ahli CWC yang dilantik dan wakil sayap parti.
Sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden Datuk S. Balakrishnan, Bendahari Agung Datuk S. Murugesan, dan kira-kira 50 pemimpin bahagian.
Sothinathan berkata sekiranya cadangan mereka untuk menerima CWC 2009 secara keseluruhannya ditolak, mereka tiada pilihan lain tetapi membawa RoS ke mahkamah.
"Buat masa ini, kami masih bertahan kerana (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan bertemu Presiden berhubung perkara itu.
"Tetapi anda (RoS) mengheret kami ke dalam kemelut ini dan kami tiada tempat lain untuk tujui. Kami perlu berjuang untuk melindungi maruah parti," katanya.